Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Assalamualaikum korang sayang! 


(Errr,terlebih emotional ke I ni? -.- )

Okay,let's get straight to the point.

Okay,seperti tajuk di atas,hari ni post aq mengenai . . . 
(Aik,bacalah tajuk kat atas tu sayang. =.= )

Haa! Nak pakai tudung pun kena sesuai dengan bentuk muka kita.
X blh lah nak hentam je pakai tudung apa2 lau muka kita x sesuai ngan tudung berkenaan.
Kan x pasal2,x cantik. Haih. . .* mengeluh *

Seperti orang bijak akan berkata "Setiap benda kita buat,kena ada ilmunya" sama juga lah lau nak pakai tudung. Kena ada asas pengetahuan. 

Tanpa berlengah masa,saya persembahkan. . .

Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka




1) Bentuk wajah jenis OVAL
Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tuduung yang mereka suka. 

2) Bentuk wajah jenis ROUND
Bagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakan anda lebih kelihatan tembam.
Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi anda yang tembam. 
Jika hendak memakai selendang , cara pemakaian yang betuh adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas (dahi ) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.

3)Bentuk wajah jenis LONG
Bagi mereka berwajah panjang , jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain  akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda menjadi lebih bujur. Cara paling mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi anda agar tidak kelihatan terlalu luas. pastikan anda tidak menutup pipi anda  kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung anda rapat betul2 dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda.percayalah anda pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah anda.

4) Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berjawah diamond biasanya lebih lebar diantara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata.Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang , turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang,. kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang anda yang tertonjol tersebut.

Selesai pun pelajaran kita hari ini wahai kaum Hawa.
Haa,skr korang semua dah tau bentuk muka korang mcm mana,apa lagi,persiap-siapkan diri ngan tudung yg sesuai.


Klah.Aq akhiri post aq sampai sini je.
Assalamualaikum
Sebenarnya,aq pun nak gi persiapkan diri aq ngan tudung yg sesuai. (─‿‿─)





1 comment:

Hanachie said...

Waa'laikumsalam... hai Nik sabrina... :)